Rabu, 24 September 2014

Doa yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj. Muhammad Mustafa dari Akademi Islam Kota Bharu Kelantan di Masjid Abu Bakar Assidiq Bangsar, Kuala Lumpur pada 1.I2.1988.


[Mulakan doa dgn puji pujian kpd Allah]

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami Zahir dan Batin.
Ya Allah ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami. dosa keluarga kami dosa masyarakat kami dan dosa keseluruhan umat Islam yang telah mati dan yang masih hidup.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon kan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah S A W. dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah SAW.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkankan Syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami untuk dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami kearahnya, selamatkan kami.
Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami keNeraka.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami Zahir dan Batin, berilah kekuatan, Taufiq dan Hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah
Ya Allah kepada kami llmu, Iman dan Amal. hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami juga dalam Islam.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan Kepada Engkau Iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaatt, Rezeki yang halal, Anak yang Soleh, rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang Mustajab, Hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, Hutang yang berbayar, keselamatan di Dunia dan Akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku dihati kami, hidupkon hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau. Sembuhkanlah segala penyakit yang berada dihati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat yang keji dan jauhilah kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati Kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat Ketuhanan dan Kerajaan Engkau dan masa depan kami di Akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hamba Mu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya, berilah kekuatan, Taufiq dan Hidayah kepada kami supaya dapat kami lakukan segala yang diperintahkan oleh Engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di Akhirat nanti dan jadikanlah kami hamba Mu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.
Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamalkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas terakhir.
Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada di dalam Kubur, jadikanlah Kubur kami salah satu Taman dari Taman Syurga. selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami Ya Allah semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar, selamatkanlah kami
Ya Allah semasa berada dipadang Mahsyar dan masukkanlah kami kedalam Tujuh Golongan orang yang mendapat Bayangan Naungan Arasy Engkau.
Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami Zahir dan Batin, semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami
Ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapat Syafaat Nabi kami Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hamba Mu ini hamba yang berjaya dalam hidup dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan.
Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami di Kauthar, selamatkanlah kami semasa menyeberangi Titian Siratulmustaqim.
Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam Syurga Engkau bersama-sama dengan orang yang memasuki ke dalamnya.
Ya Allah YaTuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, Mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat Nabi kami Nabi Muhammad S A W. dan dengan berkat amalan kami yang paling Ikhlas.

[Akhiri doa dgn selawat dan salam atas junjungan Nabi SAW]

Isnin, 22 September 2014

10 PELUANG DAPAT PAHALA MUDAH SEMASA TUNAI HAJI DAN UMRAH


Musim haji tiba lagi,  bagi semua tetamu Allah tentu perasaan gembira dan semangat beribadah berkobar-kobar dalam diri masing-masing. Terdapat pelbagai cara untuk para jemaah menggandakan pahala semasa di tanah suci. Berikut adalah panduan ringkas tentang apa yg boleh dilakukan semasa berada di sana.
  1. Sebarkan SALAM, kepada semua orang. Jangan dikira siapa, kenal ataupun tidak. Salam juga kepada Rasulullah dan sampaikan salam jika ada yang mengirimnya.
  2. Jaga PERCAKAPAN dan elakkan berbual hal yang sia-sia, komplain, mengumpat atau komen perkara yang tak pasti.
  3. Beri minum air ZAM ZAM kepada jemaah lain yang memerlukan, terutamanya yang sedang tawaf.
  4. Solat JENAZAH. Hampir setiap waktu ada jenazah yang hendak disolatkan
  5. IQTIKAF di masjid  dan tengok KAABAH, paling mudah dapat pahala.
  6. WAQAF AlQuran, pastikan ada cop kelulusan. Waqaf kerusi lipat, boleh dibeli di pasaraya berdekatan ; Bin Dawood.
  7. Buat QURBAN. Beri SEDEKAH kepada pekerja pembersihan hotel masjid dan jalan. Kata ustaz gaji mereka tak banyak. Belanja rakan sebilik makan, buah, roti, kekacang kismis dll. Beri juga makanan kpd burung merpati yang banyak terdapat di sekitar masjid.
  8. Lakukan IBADAH puasa sunat isnin khamis, baca AlQuran / maksurat, zikir, doa untuk diri sendiri dan mereka yang minta didoakan, tawaf dan solat-solat sunat.
  9. BAWA lebih dari tanahair dan KONGSI; ubat-ubatan demam batuk sakit tekak cirit selsema , minyak angin, sambal bilis, tisu, mask, alat timbang, tali sidai pakaian, pengepit baju dll.
  10. TOLONG ambil / hulur / letak semula AlQuran di rak. Tolong tunjuk arah kepada jemaah yang sesat, tolong angkat barang, kutip sampah, tolong buat halangan dihadapan jemaah lain yang sedang solat dalam Hijr Ismail, tolong tolak wheelchair..! dan bermcm-macam lagi pertolongan yang boleh dihulurkan... ikut kemampuan.
Moga beroleh manfaat. Didoakan semoga tuan/puan tetamu Allah pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang memperolehi Haji dan Umrah yang mabrur. Amin ya rabbal alamin.

Isnin, 21 Julai 2014

DOA DAN MUNAJAT KHUSUS DIBULAN RAMADHAN

Ramadhan bulan dsunatkan kita bayak berdoa, tapi ramai antara kita yang tidak tahu apa yang nak didoakan kerana tak pandai susun ayat dan kata-kata. Sebagai panduan dipanjangkan disini teks doa yang telah dibaca oleh seorang imam selepas sunat tarawih. Sungguh menyentuh hati bila dibaca perlahan-lahan dengan penghayatan bagi setiap patah perkataannya.


MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil…
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mengalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh… golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram… hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.
Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d kalangn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dkalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah ya Malikal Mulk…
Ya Razak..ya Fattahu ya Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp golongan yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah ya Zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami..
Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….
Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya...
.
(...akhiri doa dgn selawat n slm atas junjungan nabi saw)....Amin.

MAKNA DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TARAWIH

Memahami makna doa dpt membantu tambah kekhusyukan berdoa, berikut adalah MAKNA DOA SOL AT TARAWIH yg selalu kita aminkan slps selesai solat sunat tarawih. Blh juga berdoa semasa kita bermunajat dimlm hari.

"Ya Allah! 
Jadikanlah kami (golongan) yang imannya sempurna, menunaikan segala kewajipan, memelihara solat, menunaikan zakat, mencari segala kebaikan di sisiMu, mengharap pengampunanMu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjukMu, terhindar dari segala penyelewengan, zuhud di dunia dan gembira pada akhirat, meredhai ketentuan qadak, mensyukuri segala nikmat-Mu, tabah (sabar) terhadap musibah Dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga kausar (yang sejuk), dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di atas singgahsana kemuliaan, didampingi bidadari syurga dengan berpakaian baju kebesaran daripada sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi dari mata air yang sentiasa mengalir;  Bersama orang-orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, iaitu daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang- orang yang soleh dan beruntung sekali mereka akan menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah Yang Maha Mengetahui.

Ya Allah! 
Jadikanlah kami pada malam yang mulia dan diberkati ini, tergolong orang-orang yang bahagia dan diterima amalnya, dan janganlah Dikau jadikan kami tergolong orang-orang yang celaka dan ditolak amalnya.
Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat Baginda semuanya; Berkat rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! dan segala puji bagi Allah Tuhan pemelihara semesta alam.

Amin.