Rabu, 24 September 2014
Doa yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj. Muhammad Mustafa dari Akademi Islam Kota Bharu Kelantan di Masjid Abu Bakar Assidiq Bangsar, Kuala Lumpur pada 1.I2.1988.
[Mulakan doa dgn puji pujian kpd Allah]
Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami Zahir dan Batin.
Ya Allah ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami. dosa keluarga kami dosa masyarakat kami dan dosa keseluruhan umat Islam yang telah mati dan yang masih hidup.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon kan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah S A W. dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah SAW.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkankan Syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami untuk dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami kearahnya, selamatkan kami.
Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami keNeraka.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami Zahir dan Batin, berilah kekuatan, Taufiq dan Hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah
Ya Allah kepada kami llmu, Iman dan Amal. hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami juga dalam Islam.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan Kepada Engkau Iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaatt, Rezeki yang halal, Anak yang Soleh, rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang Mustajab, Hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, Hutang yang berbayar, keselamatan di Dunia dan Akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku dihati kami, hidupkon hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau. Sembuhkanlah segala penyakit yang berada dihati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat yang keji dan jauhilah kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati Kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat Ketuhanan dan Kerajaan Engkau dan masa depan kami di Akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hamba Mu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya, berilah kekuatan, Taufiq dan Hidayah kepada kami supaya dapat kami lakukan segala yang diperintahkan oleh Engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di Akhirat nanti dan jadikanlah kami hamba Mu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.
Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamalkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas terakhir.
Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada di dalam Kubur, jadikanlah Kubur kami salah satu Taman dari Taman Syurga. selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami Ya Allah semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar, selamatkanlah kami
Ya Allah semasa berada dipadang Mahsyar dan masukkanlah kami kedalam Tujuh Golongan orang yang mendapat Bayangan Naungan Arasy Engkau.
Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami Zahir dan Batin, semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami
Ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapat Syafaat Nabi kami Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hamba Mu ini hamba yang berjaya dalam hidup dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan.
Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami di Kauthar, selamatkanlah kami semasa menyeberangi Titian Siratulmustaqim.
Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam Syurga Engkau bersama-sama dengan orang yang memasuki ke dalamnya.
Ya Allah YaTuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, Mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat Nabi kami Nabi Muhammad S A W. dan dengan berkat amalan kami yang paling Ikhlas.
[Akhiri doa dgn selawat dan salam atas junjungan Nabi SAW]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan