Isnin, 22 September 2014

10 PELUANG DAPAT PAHALA MUDAH SEMASA TUNAI HAJI DAN UMRAH


Musim haji tiba lagi,  bagi semua tetamu Allah tentu perasaan gembira dan semangat beribadah berkobar-kobar dalam diri masing-masing. Terdapat pelbagai cara untuk para jemaah menggandakan pahala semasa di tanah suci. Berikut adalah panduan ringkas tentang apa yg boleh dilakukan semasa berada di sana.
  1. Sebarkan SALAM, kepada semua orang. Jangan dikira siapa, kenal ataupun tidak. Salam juga kepada Rasulullah dan sampaikan salam jika ada yang mengirimnya.
  2. Jaga PERCAKAPAN dan elakkan berbual hal yang sia-sia, komplain, mengumpat atau komen perkara yang tak pasti.
  3. Beri minum air ZAM ZAM kepada jemaah lain yang memerlukan, terutamanya yang sedang tawaf.
  4. Solat JENAZAH. Hampir setiap waktu ada jenazah yang hendak disolatkan
  5. IQTIKAF di masjid  dan tengok KAABAH, paling mudah dapat pahala.
  6. WAQAF AlQuran, pastikan ada cop kelulusan. Waqaf kerusi lipat, boleh dibeli di pasaraya berdekatan ; Bin Dawood.
  7. Buat QURBAN. Beri SEDEKAH kepada pekerja pembersihan hotel masjid dan jalan. Kata ustaz gaji mereka tak banyak. Belanja rakan sebilik makan, buah, roti, kekacang kismis dll. Beri juga makanan kpd burung merpati yang banyak terdapat di sekitar masjid.
  8. Lakukan IBADAH puasa sunat isnin khamis, baca AlQuran / maksurat, zikir, doa untuk diri sendiri dan mereka yang minta didoakan, tawaf dan solat-solat sunat.
  9. BAWA lebih dari tanahair dan KONGSI; ubat-ubatan demam batuk sakit tekak cirit selsema , minyak angin, sambal bilis, tisu, mask, alat timbang, tali sidai pakaian, pengepit baju dll.
  10. TOLONG ambil / hulur / letak semula AlQuran di rak. Tolong tunjuk arah kepada jemaah yang sesat, tolong angkat barang, kutip sampah, tolong buat halangan dihadapan jemaah lain yang sedang solat dalam Hijr Ismail, tolong tolak wheelchair..! dan bermcm-macam lagi pertolongan yang boleh dihulurkan... ikut kemampuan.
Moga beroleh manfaat. Didoakan semoga tuan/puan tetamu Allah pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang memperolehi Haji dan Umrah yang mabrur. Amin ya rabbal alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan