Isnin, 21 Julai 2014

MAKNA DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TARAWIH

Memahami makna doa dpt membantu tambah kekhusyukan berdoa, berikut adalah MAKNA DOA SOL AT TARAWIH yg selalu kita aminkan slps selesai solat sunat tarawih. Blh juga berdoa semasa kita bermunajat dimlm hari.

"Ya Allah! 
Jadikanlah kami (golongan) yang imannya sempurna, menunaikan segala kewajipan, memelihara solat, menunaikan zakat, mencari segala kebaikan di sisiMu, mengharap pengampunanMu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjukMu, terhindar dari segala penyelewengan, zuhud di dunia dan gembira pada akhirat, meredhai ketentuan qadak, mensyukuri segala nikmat-Mu, tabah (sabar) terhadap musibah Dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga kausar (yang sejuk), dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di atas singgahsana kemuliaan, didampingi bidadari syurga dengan berpakaian baju kebesaran daripada sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi dari mata air yang sentiasa mengalir;  Bersama orang-orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, iaitu daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang- orang yang soleh dan beruntung sekali mereka akan menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah Yang Maha Mengetahui.

Ya Allah! 
Jadikanlah kami pada malam yang mulia dan diberkati ini, tergolong orang-orang yang bahagia dan diterima amalnya, dan janganlah Dikau jadikan kami tergolong orang-orang yang celaka dan ditolak amalnya.
Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat Baginda semuanya; Berkat rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! dan segala puji bagi Allah Tuhan pemelihara semesta alam.

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan