Isnin, 3 Mei 2021

Doa Akhir Ramadhan

Sangat sesuai dibaca ketika sudah berada disepertiga bulan Ramadhan juga ketika bertahajut. Mulakan dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat atas junjungan nabi Muhammad SAW.....


Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami..

Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni X3

Doa COVID

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Segala puji bagi Allah, pujian itu hak bagi-Nya, milik-Nya pujian yang banyak. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan syaitan yang ingin menambah dosa-dosa kami. Kami berlindung pada Allah dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang kejam. Ya Allah, Jadikan kami diantara pasukan-Mu, kerana pasukanMu saja yang beroleh kemenangan. Jadikan kami diantara kekasih-kekasihMu, kerana kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.

Ya Allah Baikkanlah agama kami, kerana itulah sandaran urusan kami. Baikkan akhirat kami, kerana itulah kampung kembali kami. Jadikanlah kehidupan ini tempat kami menambah amal kebaikan. Jadikanlah kematian kami nanti tempat istirahat dari kejahatan.

Ya Allah Sampaikan shalawat kami kepada Muhammad SAW, kepada keluarganya dan kepada para sahabatnya.

Ya Allah, jangan biarkan pada diri kami dosa kecuali Engkau ampunkan. Jangan biarkan pada diri kami kesusahan kecuali Engkau hilangkan. Jangan biarkan pada diri kami musuh kecuali Engkau tolak dan hindarkankan. Dengan asma Allah, sebaik-baik asma. Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi. Kami mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murka Mu. Kami mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya redho Mu. Akhirilah hidup kami dengan keampunan Mu Ya Allah...

Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkan dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa pasangan kami, dosa anak-anak kami, dosa adik beradik kami, dosa sahabat- sahabat kami, dosa guru -guru kami, dosa jiran-jiran kami dan dosa-dosa kaum muslimin dan
muslimat sekalian kerana engkaulah yang maha pengampun lagi maha pemurah...

Ya Allah Ya tuhan kami Engkau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami, rezeki yang banyak kepada kami, tetapkan iman kami dan matikanlah kami dalam HUSNUL KHATIMAH dan jangan ENGKAU matikan kami dalam SUU'UL KHATIMAH...

Ya Allah Ya Tuhan kami kurniakanlah kami, isteri kami, anak-anak kami, adik-beradik kami dan sahabat-sahabat kami hati yang penuh dengan iman ya Allah... sehatkanlah tubuh badan kami ya Allah, pertautkan kasih sayang kami kerana Mu ya allah.. Ya Allah Ya Tuhan kami, tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, iman yang kuat tanpa goyah, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik , kecerdasan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dalam kehidupan kami kerana Engkaulah tempat meminta segala permintaan.

Segala pujian bagi Mu Ya Allah Pemberi Rahmat. Engkaulah yang kami sembah dan Engkaulah yang kami ma'arifat. Engkaulah yang mentadbir dengan Kudrat dan Iradat-Mu.

Ya Allah kepada Engkau kami mengadu saat senang dan melarat. Kepada Engkau kami menadah tangan bila bicara kami tersekat.

Allahummaa Ya Allah! Melihat segala musibah dan penyakit yang merebak, ketakutan menyelubungi kami bila ia menjadi wabak. Ya Allah tolonglah kami dalam menghadapi suasana yang terdesak ini, hilangkan segala keresahan yang sedang memuncak.

Allahummaa Ya Allah! Kalau ada wabak dalam negeri dan negara kami, Engkau hancurkanlah.

Kalau wabak ini ada dalam masyarakat kami, Engkau musnahkanlah.

Kalau ia ada dalam keluarga kami, Engkau hindarkanlah ia.

Kalau ia ada dalam diri kami, Engkau lontarkanlah Ya Allah.

Dengan nama Mu Tuhan yang bersifat Ar Rahman, hilangkanlah segala ketakutan dan kemudaratan samaada di bumi, langit, daratan dan lautan.

Engkau dengarlah doa dan permintaan hamba Mu dengan Rahmat-Mu Ya Allah. Kurniakanlah bagi kami penawar yang mengubati. Dengan itu Hasanah di dunia kami perolehi, kesejahteraan Hasanah Ukhrawi kami dapati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, angkatlah wabak COVID-19 ini daripada kami semuanya Ya Allah. Kurniakanlah kesembuhan kepada saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami dan ahli masyarakat kami yang kini di uji  dengan wabak ini Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah, kurniakanlah kekuatan dan ganjarilah kebaikan KHUSUSNYA kepada para petugas barisan hadapan kami Ya Allah. Para doktor, jururawat- jururawat, barisan anggota keselamatan, muslimin dan muslimat seluruh masyarakat semuanya Ya Allah.

Perkenankan doa kami Ya Allah.

Perkenankan doa kami Ya Rahman.

Perkenankan doa kami Ya Rahim.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَم

 

Doa Keluarga Bahagia

Dititipkan doa ini sebagai panduan untuk dibacakan selepas solat oleh Imam ataupun pada majlis perhimpunan keluarga.... mulakan doa dengan puji-pujian kepada Allah dan selawat keatas baginda Muhammad SAW.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….
Kau yang Maha Pengampun…
Ampunilah segala dosa dan kesalahan kami
Ampunilah dosa dan kesalahan pasangan kami
Ampunilah dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami, adik beradik kami & seluruh keluarga kami sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia….

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azabMu ,dari nerakaMu, dari kemurkaanMu, dari maksiat dan keburukan serta godaan dan tipu daya syaitan. Dekatkan kami dengan syurgaMu, dekatkan kami dengan kasih sayangMu dan dekatkan kami dengan ilmu agamaMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurgaMu
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dariMu
Tabahkan hati kami dalam menerima ujian dariMu
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh
Jadikanlah kami ibu bapa yang baik dalam membimbing anak-anak kami

Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim
Murahkanlah rezeki kami, Mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat…
Matikanlah kami dalam agama Islam. Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami

Ya Allah Ya Rahman
Limpahkan kasih sayang dan keberkatan di dalam keluarga kami.
Sayangilah dan ampunilah kami. Lindungilah kami
Hanya kepadaMu tempat kami bermohon dan mengadu
Makbulkanlah doa kami.