Rabu, 31 Mac 2010

Jangan sambut April Fool

Alkisahnya..., April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan