Rasanya semua budak suka pada binatang comel ni. Rupanya saja dah buat kita teringin sanga

t nak pegang. Pernah beberapa kali bawa anak-anak pergi bermain-main dengan binatang ni di Ostrich Park Seremban, Rabbit park di Bukit Tinggi, Langkawi (sebelum naik cable car) dan mana-mana je bila jumpa. Tapi biasalah, sekejap-sekejap tak puas, kalau nak main lama-lama kenalah bela sendiri. Bila kerap kali diminta akhirnya mengalah juga. Pertama sekali kena fikirkan pasal sangkarnya. Kat kedai memang ada jual tapi dek kerana suka bertukang mulalah mencari idea macamana nak buat sendiri. Daripada sketch macam ni......
Akhirnya siap juga sangkar arnab yang boleh tahan juga rupanya

. Tiru idea dalam internet & modify mana-mana yang perlu.

Kos lebih kurang RM100. Bolehlah kot isi dalam 10 ekor. Buat permulaan bela 3 ekor dulu, 1 jantan 2 betina. Harga setiap seekor RM20. Harap lepas ni cepatlah membiak... boleh buat lauk. Orang kata lebih sedap dari ayam, nanti kita cuba dulu.

Masa ni kecil lagi... bagi anak-anak main dulu. Orang yang paling suka.. Maisarah. Tengok tu bukan main syok bersama arnabnya.. Fluffy.

Yang sebelah tu Muhammad Azim bersama Rocky. Tah apa-apa lah anak-anak bagi nama, tak apa... lepas ni masuk kuali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan