Khamis, 2 Julai 2009

Mimpi Rasulullah, satu renungan.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin....

~Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.

~Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.

~Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah.

~Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu.

~Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas.

~Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

~Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

~Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

~Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

~Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat.

~Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.

~Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.

~Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat.

~Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu.

~Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.

~Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke pnghujungnya.

~Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.

~Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya.

~Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.

Wallahu a'lam..

Sabtu, 11 April 2009

Arnab ohh.. arnab

Rasanya semua budak suka pada binatang comel ni. Rupanya saja dah buat kita teringin sangat nak pegang. Pernah beberapa kali bawa anak-anak pergi bermain-main dengan binatang ni di Ostrich Park Seremban, Rabbit park di Bukit Tinggi, Langkawi (sebelum naik cable car) dan mana-mana je bila jumpa. Tapi biasalah, sekejap-sekejap tak puas, kalau nak main lama-lama kenalah bela sendiri. Bila kerap kali diminta akhirnya mengalah juga. Pertama sekali kena fikirkan pasal sangkarnya. Kat kedai memang ada jual tapi dek kerana suka bertukang mulalah mencari idea macamana nak buat sendiri. Daripada sketch macam ni......

Akhirnya siap juga sangkar arnab yang boleh tahan juga rupanya. Tiru idea dalam internet & modify mana-mana yang perlu.

Kos lebih kurang RM100. Bolehlah kot isi dalam 10 ekor. Buat permulaan bela 3 ekor dulu, 1 jantan 2 betina. Harga setiap seekor RM20. Harap lepas ni cepatlah membiak... boleh buat lauk. Orang kata lebih sedap dari ayam, nanti kita cuba dulu.

Masa ni kecil lagi... bagi anak-anak main dulu. Orang yang paling suka.. Maisarah. Tengok tu bukan main syok bersama arnabnya.. Fluffy.

Yang sebelah tu Muhammad Azim bersama Rocky. Tah apa-apa lah anak-anak bagi nama, tak apa... lepas ni masuk kuali.

Selasa, 13 Januari 2009

Jom boikot zionis

Benci yahudi israel hendaklah dibuktikan. Selagi termampu elakkanlah dari membeli produk ini (alternatifnya, belilah barangan Malaysia keluaran bumiputera muslim). Hulurkan bantuan kewangan kepada rakyat palestin, panjatkan doa kepada Allah akan kesejahteraan rakyat palestin dan umat islam keseluruhannya.