Khamis, 11 Disember 2008

Pergola Swing




Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan bertukang dihujung minggu dan diwaktu lapang, akhirnya cita-cita menghasilnya buaian sendiri tercapai juga. Buaian yang pada asalnya disasarkan penyiapannya pada hari lahir isteri iaitu pada 11 Sept, telah siap pada hujung November. Walaupun lewat, namun ia tetap diabadikan sebagai hadiah hari lahir untuknya.

Selain menjadi tempat bersantai sekeluarga dan melepaskan penat selepas bekerja, buaian ini juga menjadi penyeri kepada laman yang tak seberapa dan juga tempat menjamu selera...!

Ayahanda... Hj Ghazali.

Khamis, 4 Disember 2008

Wakaf maya

Wakaf
di wakaf ini
aku berteduh
dari mendung perasaan
yang menyekat mentari keceriaan

di wakaf ini
aku berteduh
dari hujan emosi
yang membasahi ketenangan

di wakaf ini
aku berteduh
dari penat pengembaraan
yang entah bila kan sudah...